Tuesday, 21 February 2012

MINGGU 5 MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU





Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.
http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Jika anda masih belum mempunyai akaun google, 
sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link 
www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.



5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'


6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)




Berikut adalah cara bagaimana anda hendak memulakan langkah untuk menaip dalam blog anda.

1. Buka link 
www.blogger.com (link ini diperlukan setiap kali anda hendak login kepada akaun blogger). Masukkan email dan password anda.

2. Pada paparan muka depan, klik pada 'new post'


3. Masukkan tajuk untuk entri anda dan juga isi kandungan entri anda.(biasa bab ini mengambil masa untuk menaip entri).

Kemudian apabila sudah siap, klik pada button 'publish'


4. Apabila sudah tekan button publish, siap untuk sebuah entri dalam blog anda.:)

  • jika anda hendak tengok 'rupa' entri anda itu, klik pada 'view post'
  • jika anda rasa masih ada kekurangan dan hendak edit, klik pada 'edit post'
  • jika anda hendak menaip entri baru, klik pada 'create a new post' (anda juga boleh mulakan dari awal dengan klik pada 'dashboard' pada bahagian atas-kanan)
·         Upload Gambar Dalam Blog

Tutorial untuk upload gambar dalam blog adalah seperti berikut.


1.Login seperti biasa, klik pada 'new post'


2.Pada paparan, klik pada icon upload picture seperti yang ditunjukkan dibawah.
-Kedudukan berbeza bagi keadaan 'html' dan juga 'compose' tetapi simbolnya tetap sama.

ATAU


3.Klik 'browse'.


4.Pilih gambar yang anda hendak letakkan dari komputer anda.


4.1. Jika hendak letak lebih daripada satu gambar pada satu masa(maksimum 5), klik pada 'add more image'.


5.Pilih kedudukan dan size yang anda mahu untuk gambar tersebut, kemudian klik 'upload'.


6. Tunggu sehingga gambar siap diupload kemudian klik 'done'



Nota: Jika anda hendak upload lebih daripada 5 gambar, cuma ulang semula langkah 1 hingga 5.



Untuk mengupload video menggunakan kaedah yang tersedia untuk blogger adalah seperti berikut.

1. Login ke dalam akaun blogger anda, kemudian klik pada new post.

2. Pada paparan yang muncul, klik pada icon video seperti yang ditunjukkan.


3. Langkah seterusnya, browse video yang hendak diupload, masukkan title dan juga tick pada ruangan seperti yang ditunjukkan. Kemudian klik pada upload video


4. Untuk sesebuah video, masa diperlukan untuk memproses video tersebut sehingga dapat dipublishkan. Bergantung kepada saiz video.


Anda boleh save dahulu hasil kerja anda dan kembali selepas beberapa ketika untuk pastikan samada video tersebut sudah boleh dimainkan atau tidak.

MINGGU 4 PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU



Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:
·                     Bahan sastera
·                     Bahan tatabahasa
·                     Bahan bidang ilmu lain

Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.



Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
·                     Syair
·                     Pantun
·                     Seloka
·                     Gurindam
·                     Puisi
·                     Cerita Pendek

Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik

Pemilihan bahan sastera perlu mengambilkira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah:


Pemilihan bahan tatabahasa

Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.

Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa

Jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web
Dalam laman web ini mengandungi penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya

Jenis-jenis tatabahasa
·                     Kata nama
·                     Kata Hubung
·                     Kata kerja
·                     Kata sendi nama
·                     Kata nama khas

Memilih bahan bidang ilmu lain.
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan



melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai contoh alamat URL bidang lain adalah seperti:



MINGGU 3 APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET



ETIKA KOMPUTER
  • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
  • Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat
MASALAH MORAL DAN ETIKA

Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
·         Penggertak
·         Penyalahgunaan internet
·         Virus
·         Hak cipta
·         Perisian cetak Rompak

Penggertak:
  • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
  • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuankemusnahan
Penyalahgunaan internet
·         Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

Virus:
·         Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.

Hak cipta terpelihara
·         Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu

Perisian cetak rompak:
·         Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual

PRINSIP ETIKA KOMPUTER

• Keseimbangan
• keizinan temaklum
• keadilan
• Meminimum-kan risiko

PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT

1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.

2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.

3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.

4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.

5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.

6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah

7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.

8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.

9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.


CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER

1.    Bukakan Microsoft Publisher 2007.



2.    Setelah application sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut, kemudian pilih BROCHURE.

3.    Langkah seterusnya pilih design yang anda minat( mengikut kesesuaian brosur).contoh design yang dipilih ialah Bubble


4.    Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan. Contoh gambar ialah Logo Syarikat


5.    Setelah itu masukkan butiran seperti:
·         Tajuk program yang akan diadakan
·         Nama penaja
·         Tarikh dan hari program akan diadakan
·         Aktiviti yang akan dijalankan
·         Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan


6.    Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda.Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.